Tuesday 11 March 2014

Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim..As salam, kami (Mohd Haniff&Mohd Riziuan) pelajar tahun 2 sidang akademik 2013/2014 Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan blog ini dibina ialah untuk melengkapkan kerja kursus bagi subjek Institusi-institusi Pembangunan Islam. Pensyarah Dr, Fadzila Azni Ahmad. Blog ini ialah menyenaraikan institusi Islam yang terdapat di negara Tunisia.syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini dan diberikan kesihatan yang sihat walaufiat.Pertama sekali terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi melawat ke blog ini.Blog ini di tubuhkan untuk tujuan memberi maklumat tentang institusi-institusi Islam yang banyak berkembang khususnya di negara Tunisia.Hal ini supaya memudahkan dan memberi maklumat kepada orang ramai tentang institusi yang ada di negara tersebut.Ada sesetengah kepada kita tidak mengetahui institusi yang terdapat di negara Tunisia.Mesti ada orang tertanya-tanya apakah pembangunan islam yang dibuat di negara Tunisia.? Oleh itu,blog ini diwujudkan supaya kita sama-sama berkongsi maklumat tentang institusi-institusi perkembangan Islam di sana.Selain itu,Sekiranya terdapat institusi daripada sahabat-sahabat yang kami tidak nyatakan,kami mengalu-alukan perkongsian tersebut daripada pihak anda untuk kita sama-sama menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan maklumat di dalam blog ini.Mudah-mudahan blog ini dapat memberi pengetahuan yang sempurna untuk sahabat-sahabat sekalian.. :)